Monday, January 17, 2011

Berapa pentingkah pemakaian bengkung?

Kebaikan Bengkung - Untuk ramping selepas bersalin, untuk yang ingin mengempiskan perut

Selepas melahirkan anak, wanita dalam tempoh berpantang disyorkan mengikuti langkah-langkah rawatan mengembalikan kesegaran tubuh cara tradisi yang diwarisi sejak zaman nenek moyang.

Rawatan membantu wanita mengembalikan kelangsingan tubuh itu penting kerana selama sembilan bulan hamil, perut berubah bentuk dan wanita mengalami pertambahan berat badan.

Sekirannya rawatan tidak dilakukan, tubuh akan lesu tidak bermaya, muka pucat dan tidak berseri malah tubuh akan mengeleber dan tidak pejal.

Uniknya bahan-bahan yang digunakan untuk membantu perawatan diperbuat daripada tumbuhan semula jadi termasuk rempah ratus yang dikenali untuk memanaskan tubuh dan melancarkan peredaran darah.

Bahan-bahan semula jadi tidak mempunyai kesan sampingan yang membahaya sebaliknya membantu menghaluskan kulit dan mengembalikan semula keanjalannya.

Bahagian perut wajar diberi perhatian serius kerana perut yang tidak dijaga sepanjang tempoh pantang akan mengeleber.

Tubuh perlu diurut untuk melancarkan peredaran darah untuk membuang toksid dan kekotoran serta disapu dengan ramuan herba termasuk param dan pilis bagi tujuan membuang angin yang terkumpul di dalam tubuh.

Selepas sapuan, tubuh akan dibalut barut dan dipakaikan bengkung untuk mengembalikan bentuk tubuh asal yang ramping selama 44 hari iaitu selama dalam tempoh berpantang.


Perlukah saya memakai bengkung?
Bengkung digunakan secara tradisional untuk:
1. Meramping dan megempiskan perut
2. Membentuk potongan badan dan punggung
3. Menghalang perut masuk angin terutama semasa dalam pantang
4. Mengelakkan perut menggeleber
5. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik

Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?
Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim.

Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.


Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?

Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang.

Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.

Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?
Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih).Saya melahirkan anak secara caeserian, pemakaian bengkung PB saya mulakan selepas 4 bulan setelah pembedahan....risau juga sekiranya jahitan masih belum sempurna sepenuhnya.

Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya?
Pemakaian bengkung yang kemas dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak.

Bengkung juga baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.


Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja?
Bengkung sangat sesuai utk semua org samada dlm pantang dan juga anak2 dara atau mak2dara yg ingin mengempiskan perut...biasanya utk mak2 dara yg bersalin secara ceaser, sy cadangkn utk memakai bengkung PB slps 4 bulan bersalin sebelum itu, bolehlah memakai bengkung strap tu saje. satu lagi utk anak2 dara yg selalu makan bersulam air jugak blh buncit perut...eloklah try pakai bengkung ni...inshaALlah blh membantu mengempiskan perut tu..selain tu kalau ditambah dengan senaman makinla bagus result dia.
Dengan Premium beautiful, semua orang boleh memakainya x kira bila dan di mana , sebab sangat mudah nak pakai, material pon dari yg berkualiti....

Jenis-jenis bengkung
Bengkung Lilit
Digunakan secara tradisional oleh wanita selepas bersalin. Perlukan bantuan untuk memakainya.

Bengkung Modern - Premium Beautiful
Mudah dipakai. Sesuai untuk semua wanita, ibu dan anak dara. Tidak perlukan bantuan untuk memakainya.
Mengempiskan perut
Membentuk postur dan kerampingan tubuh

Bengkung Zap On
Moden. Sesuai untuk lelaki & wanita. Mengempiskan perut.

Sebarang pertanyaan bolehla diemail ke balkhqis@gmail.com /phn:019-2776847

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...